Thursday 17 July 2014

Resipi Istimewa ESP Shaklee Yang Ringkas, Mudah dan Cepat

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah hari ini berkesempatan untuk kongsi dengan anda resipi ESP yang sangat sedap, ringkas dan cepat. Kebanyakkan dari kita sudah tahu kebaikan ESP ini sehingga ESP menjadi "No.1 paling LARIS" dijual dalam banyak-banyak vitamin Shaklee.

Bagi yang masih tidak tahu apa itu ESP, saya ceritakan serba sedikit untuk pengetahuan anda. ESP atau Energizing Soy Protein ini merupakan soya NON-GMO iaitu diproses tanpa perubahan sintetik, dimana ia dihasilkan secara semulajadi 100% soya bermutu tinggi dan kaya dengan sumber protein, selamat dan halal. ESP ini didatangkan dalam bentuk serbuk, zero kolestrol dan sangat mudah untuk disediakan.

ESP berfungsi untuk memberi tenaga segera supaya lebih fokus dalam apa saja yang kita lakukan, mencantikkan kulit, mengeyangkan (sangat sesuai untuk yang nak kurus), milk booster utk ibu-ibu yang menyusu bayi dan banyak lagi khasiat ESP ini, anda boleh lihat dibawah:

*Nota: Sekarang takda promosi ye..:)



Jika anda inginkan penerangan menyeluruh mengenai ESP sila klik disini Energizing Soy Protein
   
ESP untuk siapa?

ESP sangat sesuai diambil oleh mereka-mereka yang sangat sibuk, mereka yang memerlukan tenaga yang cukup untuk bekerja, yang memilih untuk kurus secara sihat, yang ada kolestrol tinggi, wanita atau lelaki yang mementingkan kecantikan dalaman dan luaran dan ibu-ibu hamil serta menyusu bayi.


Siapa yang tidak boleh ambil ESP?
Individu yang lemah fungsi buah pinggang dan alah pada soya.

Resipi Istimewa Shaklee

Sekarang saya nak kongsi dengan anda resipi ESP yang paling ringkas, sedap dan mengeyangkan. ESP ini lagi bagus jika anda ambil diwaktu pagi dan malam, dimana anda boleh gantikan ia dengan sarapan pagi dan makan malam anda yang tidak seimbang dan tidak sihat. Selain itu, jika anda mengambil ESP diwaktu pagi anda akan merasa cergas, bertenaga dan bersemangat ntuk memulakan tugasan harian anda.
Dibawah ini ialah resipi gaya saya, jom cuba!!!
*
*
*
*
Resipi 1 : ESP Chocolate Ice Blended

Bahan-bahan:
1 sudu ESP
1 paket Milo 3 in 1
Kiub Ais secukupnya

Cara-cara:
-Masukan semua bahan kedalam blender dan kisar.
-Hiasi dengan cokelat cair diatasnya

***Dijamin sedap dan mengeyangkan :)




Resipi 2: ESP Strawberry Chocolate Blended

Bahan-bahan:
1 sudu ESP
5 biji buah strawberry (kuantiti ikut citarasa)
chocolate cair
sedikit susu manis (jika suka)
Ais kiub

Topping: Hirisan badam dan cokelat

Cara-cara:
Masukan kesemua bahan-bahan kedalam pengisar dan kisar.
- Taburkan hirisan badam dan cokelat diatas ice blended.
***mmmm anda akan rasa sangat sedap, lemak-lemak cokelat dengan masam-masam strawberry, kombinasi yang sangat serasi, anak-anak pun pasti suka.




Resipi 3: ESP + Minuman Kegemaran

Bahan-bahan:
1sudu ESP
Milo 3in1, minuman yogurt, fresh milk (apa-apa saja minuman kesukaan anda)

Cara-cara:
shake saja minuman kegemaran anda dengan ESP, sukatan air mengikut citarasa anda.

***Resipi ini memang sangat ringkas, saya selalu buat sebelum nak ke tempat kerja, memang sesuai sebab cepat, tambah-tambah kita mengejar masa untuk ke tempat kerja. Sesuai sangat untuk ganti sarapan pagi kita yang tak sihat kepada lebih sihat.




Peringatan!!!
Satu hari anda perlu mengambil ESP tidak melebihi 3 sudu (supaya tidak membebankan buah pinggang untu memproses protein). Anda boleh membancuh ESP dengan apa saja minuman kegemaran anda seperti yougurt, susu segar, jus buah, sunquick, rabina dan sebagainya tetapi anda tidak boleh membancuh ESP dengan minuman berkafein seperti nescafe, teh dan minuman kafein yang lain. Selain itu ESP juga tidak digalakkan dibancuh dalam keadaan panas kerana boleh merosakkan nutrien yang ada didalamnya. Anda digalakan membancuh dalam keadaan sejuk.


Saya harap anda dapat mencuba resipi-resipi ini untuk merasa kesedapan dan kelainan ESP. Bagi yang belum mencuba ESP, inilah masanya nak cuba dan mendapatkan khasiat ESP dan semestinya tidak merugikan anda. 


Jika anda rasa anda perlu ada ESP dan patut mencuba resipi-resipi istimewa ini, anda boleh order sekarang dengan klik butang dibawah ini..:)



Klik untuk order sekarang
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=189ab34087ec3f70187a007859af892e


Saya agen shaklee anda yang sah:




PN.NURAFIZAH BINTI ZULKIFLI
SID:1113310
Call/sms/whatssap:011-12434504
email: bestvitaminshop.gmail.com

Bonus : Konsultansi percuma hanya untuk pelanggan saya seumur hidup.

COD: Juru, Bukit Mertajam, Bukit Minya, Prai, Bayan Lepas
Perkhidmatan pos turut disediakan.

1 comment:

  1. sedapppppppppppppppnya.......mahu cuba semua resepi ni

    ReplyDelete