Thursday 17 July 2014

Resipi Istimewa ESP Shaklee Yang Ringkas, Mudah dan Cepat

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah hari ini berkesempatan untuk kongsi dengan anda resipi ESP yang sangat sedap, ringkas dan cepat. Kebanyakkan dari kita sudah tahu kebaikan ESP ini sehingga ESP menjadi "No.1 paling LARIS" dijual dalam banyak-banyak vitamin Shaklee.

Bagi yang masih tidak tahu apa itu ESP, saya ceritakan serba sedikit untuk pengetahuan anda. ESP atau Energizing Soy Protein ini merupakan soya NON-GMO iaitu diproses tanpa perubahan sintetik, dimana ia dihasilkan secara semulajadi 100% soya bermutu tinggi dan kaya dengan sumber protein, selamat dan halal. ESP ini didatangkan dalam bentuk serbuk, zero kolestrol dan sangat mudah untuk disediakan.

ESP berfungsi untuk memberi tenaga segera supaya lebih fokus dalam apa saja yang kita lakukan, mencantikkan kulit, mengeyangkan (sangat sesuai untuk yang nak kurus), milk booster utk ibu-ibu yang menyusu bayi dan banyak lagi khasiat ESP ini, anda boleh lihat dibawah:

*Nota: Sekarang takda promosi ye..:)



Jika anda inginkan penerangan menyeluruh mengenai ESP sila klik disini Energizing Soy Protein
   
ESP untuk siapa?

ESP sangat sesuai diambil oleh mereka-mereka yang sangat sibuk, mereka yang memerlukan tenaga yang cukup untuk bekerja, yang memilih untuk kurus secara sihat, yang ada kolestrol tinggi, wanita atau lelaki yang mementingkan kecantikan dalaman dan luaran dan ibu-ibu hamil serta menyusu bayi.


Siapa yang tidak boleh ambil ESP?
Individu yang lemah fungsi buah pinggang dan alah pada soya.

Resipi Istimewa Shaklee

Sekarang saya nak kongsi dengan anda resipi ESP yang paling ringkas, sedap dan mengeyangkan. ESP ini lagi bagus jika anda ambil diwaktu pagi dan malam, dimana anda boleh gantikan ia dengan sarapan pagi dan makan malam anda yang tidak seimbang dan tidak sihat. Selain itu, jika anda mengambil ESP diwaktu pagi anda akan merasa cergas, bertenaga dan bersemangat ntuk memulakan tugasan harian anda.
Dibawah ini ialah resipi gaya saya, jom cuba!!!
*
*
*
*
Resipi 1 : ESP Chocolate Ice Blended

Bahan-bahan:
1 sudu ESP
1 paket Milo 3 in 1
Kiub Ais secukupnya

Cara-cara:
-Masukan semua bahan kedalam blender dan kisar.
-Hiasi dengan cokelat cair diatasnya

***Dijamin sedap dan mengeyangkan :)




Resipi 2: ESP Strawberry Chocolate Blended

Bahan-bahan:
1 sudu ESP
5 biji buah strawberry (kuantiti ikut citarasa)
chocolate cair
sedikit susu manis (jika suka)
Ais kiub

Topping: Hirisan badam dan cokelat

Cara-cara:
Masukan kesemua bahan-bahan kedalam pengisar dan kisar.
- Taburkan hirisan badam dan cokelat diatas ice blended.
***mmmm anda akan rasa sangat sedap, lemak-lemak cokelat dengan masam-masam strawberry, kombinasi yang sangat serasi, anak-anak pun pasti suka.




Resipi 3: ESP + Minuman Kegemaran

Bahan-bahan:
1sudu ESP
Milo 3in1, minuman yogurt, fresh milk (apa-apa saja minuman kesukaan anda)

Cara-cara:
shake saja minuman kegemaran anda dengan ESP, sukatan air mengikut citarasa anda.

***Resipi ini memang sangat ringkas, saya selalu buat sebelum nak ke tempat kerja, memang sesuai sebab cepat, tambah-tambah kita mengejar masa untuk ke tempat kerja. Sesuai sangat untuk ganti sarapan pagi kita yang tak sihat kepada lebih sihat.




Peringatan!!!
Satu hari anda perlu mengambil ESP tidak melebihi 3 sudu (supaya tidak membebankan buah pinggang untu memproses protein). Anda boleh membancuh ESP dengan apa saja minuman kegemaran anda seperti yougurt, susu segar, jus buah, sunquick, rabina dan sebagainya tetapi anda tidak boleh membancuh ESP dengan minuman berkafein seperti nescafe, teh dan minuman kafein yang lain. Selain itu ESP juga tidak digalakkan dibancuh dalam keadaan panas kerana boleh merosakkan nutrien yang ada didalamnya. Anda digalakan membancuh dalam keadaan sejuk.


Saya harap anda dapat mencuba resipi-resipi ini untuk merasa kesedapan dan kelainan ESP. Bagi yang belum mencuba ESP, inilah masanya nak cuba dan mendapatkan khasiat ESP dan semestinya tidak merugikan anda. 


Jika anda rasa anda perlu ada ESP dan patut mencuba resipi-resipi istimewa ini, anda boleh order sekarang dengan klik butang dibawah ini..:)



Klik untuk order sekarang
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=189ab34087ec3f70187a007859af892e


Saya agen shaklee anda yang sah:




PN.NURAFIZAH BINTI ZULKIFLI
SID:1113310
Call/sms/whatssap:011-12434504
email: bestvitaminshop.gmail.com

Bonus : Konsultansi percuma hanya untuk pelanggan saya seumur hidup.

COD: Juru, Bukit Mertajam, Bukit Minya, Prai, Bayan Lepas
Perkhidmatan pos turut disediakan.

Monday 14 July 2014

Kenali Perawatan Selepas Bersalin Supaya Badan Kembali Langsing Dan Mantop!




Cukup besar pegorbanan seorang isteri dan ibu, kerana setiap isteri akan menumpuhi  3 fasa ketika disahkan hamil. Tiga fasa tersebut ialah Mengandung, bersalin dan berpantang.  Mengandung ialah fasa dimana wanita akan mengalami beberapa perubahan antaranya tubuh badan, emosi dan juga alahan. Setelah 9 bulan,wanita akan melalui proses melahirkan dimana sel-sel dan jaringan tubuh akan rosak.  

Melahirkan anak adalah proses besar bagi seorang wanita. Perjuangan sewaktu melahirkan memerlukan daya  dan upaya termasuk tenaga, fikiran dan psikologi bagi melancarkan proses persalinan.  Bagi ibu, perjuangan melahirkan tidak berakhir begitu sahaja. Ibu perlu menjalani perjuangan tahap ketiga iaitu merawat diri setelah melahirkan bagi memulihkan keadaan tubuh kepada keadaan sebelum hamil.

Terdapat pelbagai cara yang perlu dititikberatkan setelah melahirkan, antaranya:

    
1. Pegerakan Badan
Ibu bersalin secara normal hendaklah melakukan pergerakan badan seawal enam jam setelah melahirkan dan lapan jam bagi ibu yang bersalin melalui pembedahan. Dimulakan dengan mengiringkan badan ke kiri dan kanan, turun dari tempat tidur, belajar duduk, dan berjalan sendiri. Pergerakan awal ini bertujuan untuk melancarkan perjalanan darah dalam badan dan mencegah thrombosis.

2. Pemakanan
Diet pemakanan untuk ibu semasa nifas hendaklah yang mengandungi banyak protein, zat besi, kalsium dan vitamin untuk memperbaiki sel-sel dan jaringan tubuh yang rosak setelah melahirkan. Ibu yang sedang menyusukan bayi memerlukan sekitar 64gm protein sehari yang dapat diperoleh dari ikan, daging, telur, tempe dan tahu. Perbanyakan makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan serat untuk melancarkan sistem pencernaan. Banyakkan minum air putih sekitar  10 hingga 12 gelas air sehari bagi membantu menyegarkan tubuh, meningkatkan sistem metabolism tubuh dan sekali gus memperbanyakkan susu ibu.

3. Membuang Air Kecil
Membuang air kecil hendaklah dilakukan secepatnya setelah melahirkan.  Kesulitan membuang air kecil mungkin terjadi pada 24 jam setelah melahirkan kerana berlaku penekanan pada otot pundi kencing sewaktu proses melahirkan. Sekiranya 8 jam pertama setelah melahirkan, ibu masih belum dapat membuang air kecil, perlulah memakai tiub saluran kencing bagi mengelakkan terjadinya jangkitan kuman pada saluran kencing.

4. Perawatan Miss V
Bagi ibu yang melahirkan tanpa episiotami (memperlebar jalan lahir dengan menggunting perineum Miss V) atas, hanya membersihkan miss V dengan cebok menggunakan air hangat atau larutan antiseptic. Sedangkan bagi ibu yang mengalami episiotomy, bagi mengurangkan rasa sakit, ibu boleh mengunakan ais yang dibungkus dengan kain kecil dan dituam pada miss V. Bekas jahitan hendaklah sentiasa dibersihkan terutama sekali setelah membuang air besar atau buang air kecil dengan menggunakan kain lap yang dibasahi dengan sabun. Hindari aktiviti yang berlebihan saat minggu pertama selepas melahirkan. Banyakkan rehat bagi membantu proses penyembuhan luka. Dapatkan rawatan doctor berhampiran jika jahitan luka tertanggal, luka bernanah atau berbau busuk.

5. Membuang Air Besar
Membuang air besar hendaklah dilakukan pada hari ketiga atau empat setelah melahirkan. Perbanyakkan konsumsi makanan mengandungi tinggi serat bagi mengelakkan terjadinya sembelit.  Anda juga boleh mengambil supplemen bagi membantu pelancaran membuang air besar.

6. Perawatan Payudara
Perawatan payudara hendaklah dilakukan sejak hamil supaya putting susu tidak keras dan kering sebagai persiapan untuk menyusukan bayi. Susukan bayi setiap dua hingga tiga jam. Jika berlaku pembengkakan (bengkak susu), lakukan urutan payudara atau dengan tuam menggunakan air hangat. Hindari membersihkan bahagian areola (daerah kehitaman sekitar putting payudara) dengan menggunakan sabun, alcohol atau zat kimiawi lain. Hal tersebut dapat menyumbatkan saluran atau kelenjar pada kawasan tersebut yang mengakibatkan kekeringan dan luka lecet pada bahagian areola atau puting susu. Apabila puting susu melecet atau luka, sapukan susu ibu yang keluar dari puting setiap kali selesai penyusuan.


Tip-tip diatas merupakan perkara yang harus dititikberatkan oleh ibu ketika berpantang. Ini kerana berpantang adalah proses pemulihan untuk ibu dalam mendapatkan semula bentuk fizikal badan sebelum hamil, supaya kembali bertenaga dan yang penting pemulihan sel-sel badan yang rosak ketika melahirkan. Lazimnya proses berpantang dilakukan selama 44hari tapi ada juga ibu yang melanjutkan proses berpantang lebih lama.



Pelbagai petua dalam proses berpantang yang boleh diikuti oleh ibu yang baru melahirkan, ada ibu yang memilih berpantang secara tradiosional dan ada yang mengabungkan tradisional dengan moden. Umumnya tahu kebanyakkan ibu sekarang bekerjaya dan cuti bersalin paling kurang hanyalah 2bulan, jadi ibu mungkin dapat berpantang secara tradisional seperti bertungku, minum air rebusan herba-herba, mengurut dan sebagainya dalam tempoh itu. Sebaliknya selepas sahaja ibu kembali bertugas, mungkin berpantang secara tradisional tidak dapat diikuti sepenuhnya, walhal dalam tempoh yang agak baru ibu masih perlu menitikberatkan kesihatan untuk keluarga tersayang terutama suami dan anak-anak. Oleh itu, ibu boleh meneruskan berpantang secara moden demi menjaga kesihatan dan pemulihan badan yang optimum. Berpantang secara moden boleh diamalkan samada melahirkan secara normal atau pembedahan.

Apa yang dikatakan berpantang secara moden?
Anda boleh mengambil supplemen yang terbaik dalam proses berpantang dan untuk pengetahuan anda Shaklee ada suplemen yang sangat bagus, berkesan, selamat dan halal untuk ibu-ibu berpantang.



Ini merupakan "Set Premium Shaklee" yang anda boleh ambil ketika berpantang. Nampak banyak tetapi anda tidak perlu ambil semua, kerana dalam set premium ini boleh dipecahkan kepada 3 set iaitu set berpantang asas, set penyusuan dan juga slimming dan anda boleh memilih mengikut kehendak anda.


Fungsi-fungsi setiap supplemen ini untuk proses berpantang seperti berikut:-


ESP- Membekalkan tenaga kepada ibu, memperbanyakkan susu badan serta pemulihan dalaman.

Vit C- Meningkatkan antibodi secara konsisten dan memperbaiki tisu sel yang rosak semasa bersalin.

Vita-Lea- Merupakan multivitamin hebat untuk membantu ibu memulihkan tenaga sepanjang berpantang dan pembentukan sel darah merah.

B Complex- Membantu menstabilkan hormon badan kita dan mengurangkan tekanan semasa ibu dalam pantang.

Zinc Complex- Membantu proses pemulihan luka bersalin dan mengurangkan keguguran rambut.

Ostematrik @ Alfalfa- Membekalkan kalsium dan memperbanyakkan susu ibu ketika penyusuan bersama bayi.

Lecithin @ Omega Gurad- Mengelak dan merawat bengkak susu, membantu penurunan berat badan dengan selamat.



Sekarang terpulang untuk anda untuk membuat pilihan bijak, ingat kesihatan kita menjamin kesejahteraan keluarga! Ramai yang sudah mencuba dan merasai keberkesanannya. Alhamdulillah, dengan berusaha dan berikhtiar, InsyAllah anda akan dapat kesihatan dan badan yang lansing seperti yang di idamkan setelah bersalin. Suami pun sayang :-)



Bagaimana ingin Order set-set ini?
Klik sahaja dibawah ini!


Set Berpantang Basic Shaklee
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=e8e7b4901cc10d831bc1de471920b40d


Set Menyusu Shaklee
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=e8a1b242aebca90cee1f597ce624071a


Set Berpantang Slimming Shaklee
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=c9c10e15bf0575c599ce161447d0a183


Saya agen shaklee anda yang sah:




PN.NURAFIZAH BINTI ZULKIFLI
SID:1113310
Call/sms/whatssap:011-12434504
email: bestvitaminshop.gmail.com

Bonus : Konsultansi percuma hanya untuk pelanggan saya seumur hidup.

COD: Juru, Bukit Mertajam, Bukit Minya, Prai, Bayan Lepas
Perkhidmatan pos turut disediakan.

Sunday 13 July 2014

Punca-punca Kolesterol Tinggi


Kolesterol!!!

 Malaysia sangat mewah dengan makanan yang lazat-lazat, apatah lagi senang diperolehi dengan harga yang berpatutan. Carilah apa saja yang anda hendak makan, pasti akan ada.  Buat pengetahuan anda, pengambilan makanan secara tidak dikawal atau tidak sihat boleh menyumbang kepada masalah peningkatan kadar kolesterol. Selain dari faktor pemakanan, terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan kolestrol.

Faktor-faktor ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu yang tidak dapat dikawal dan yang dapat dikawal.

1. Faktor yang tidak dapat dikawal

a. Keturunan.
Apabila ada keluarga yang berkolesterol tinggi, maka besar kemungkinannya anak tercenderung untuk mempunyai kolesterol yang tinggi, resiko adanya suatu gangguan kesihatan biasa 6 kali lebih besar menimpa anak dibanding orang tua.

b. Usia.
Setelah usia 20, kolesterol berkemungkinan meningkat. Pada lelaki, kolesterol akan mudah naik setelah umur 50 tahun. Manakala wanita, kolesterol akan mudah untuk naik setelah menopos.

2. Faktor yang dapat dikawal 
1.      Makanan telalu banyak lemak tepu, seperti mentega, biskut, dan fast food (makanan segera).
2.      Kelebihan berat badan
3.      Kurang berolahraga
4.      Merokok
5.      Gaya hidup yang tidak sihat
6.      Stress
7.      Diabetes mellitus
8.      Minum kopi berlebihan
9.      Diet yang salah
10.  Obesiti

Kalau anda hendak tahu, faktor yang dapat dikawal inilah yang menyumbang kepada kolesterol jahat dalam tubuh atau darah, kenapa???

1. Mengambil makanan yang tidak sihat
Banyak mengambil makanan yang tidak sihat hanya akan membuat tubuh semakin mudah terserang penyakit dan mengalami banyak ganguan kesihatan. Makanan yang umumnya kita mengambil hari-hari pastinya mengandungi lemak, namun lemak tak selamanya tidak baik bagi tubuh, asalkan kadar lemak yang kita peroleh dari berbagai sumber makanan tidak melebihi paras normal. Banyak mengambil makanan yang tinggi lemak atau lemak tepu akan membawa impak buruk bagi kesihatan tubuh yang salah satunya adalah kolesterol.

2. Kurang aktiviti fizikal
Terlalu banyak diam atau jarang bergerak hanya akan membuat tubuh semakin lemah dan fungsi kerja organ dalam tubuh tidak optimum. Lakukanlah olahraga fizikal minimum 2-3 kali dalam seminggu selama 30 minit setiap sesi. Olahraga yang teratur dan sesuai dengan kemampuan dapat membantu dalam menurunkan kadar kolesterol jahat dan meningkatkan kolesterol baik.

3. Merokok
Rokok yang mengandungi bahan kimia berbahaya bagi kesihatan tubuh yang juga mempengaruhi sistem kardiovaskular dalam berbagai cara, termasuk menurunkan kadar oksigen dan boleh merosakan jantung. Dalam sebuah penelitian yang dilakukan oleh Dr. Adam Gepner dari sebuah University of Wisconsin School of Medicine and Public Health di Madison, Amerika Serikat, mengatakan bahawa rokok dapat meningkatkan kolesterol jahat dalam darah dan membunuh kolesterol baik.

4. Umur dan jenis jantina
Umur dan jenis jantina juga mempengaruhi seseorang untuk terserang kolesterol. Kolesterol menyerang seseorang ketika usia tua, namun kini usia muda pun cenderung dengan kolesterol secara perlahan dan akan meningkat. Umumnya, kolesterol menyerang pada lelaki ketika memasuki usia 40 tahun keatas dan pada wanita umumnya ketika memasuki masa menopos

5. Berat badan berlebih

Jika seseorang mempunyai berat badan berlebihan (BMI tidak normal) yang menyimpan banyak lemak dan kalori. Ia pastinya akan menyumbang kepada suatu penyakit, termasuklah penyakit kolestrol. Semakin banyak lemak dan kolesterol yang terkandung dalam darah, semakin buruk keadaan dan tahap kesihatan akan mengalami gangguan. Untuk itu disarankan melakukan diet sihat, mengurangi pengambilan makanan yang mengandung lemak tepu.

Bagi mengelak kita mengambil makanan yang berlebihan dan tidak seimbang, kita haruslah mengkaji nilai kalori dari setiap makanan yang diambil. Ini penting bagi memastikan kita tidak cenderung kepada masalah koleterol tinggi dan menyumbang kepada penyakit kronik seperti sakit jantung.

Berikut adalah jadual kalori bagi setiap makanan:




 Dibawah ialah jadual untuk keperluan kalori yang diperlukan mengikut peringkat umur. Penting untuk kita menjadualkan sistem pemakanan kita:-


Tanda-tanda kolesterol tinggi ialah:

Jika anda mempunyai gejala-gejala seperti dibawah, disarankan anda berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan tahap kolesterol dalam badan anda, jika ia tidak dirawat secara segera, kemungkinan berpotensi untuk mendapat penyakit jantung.

1. Sakit kepala di bahagian belakang
2. Masalah pernafasan
3. Sakit dada
4. Lenguh dibahagian leher
5. Berpeluh dingin
6. Loya dan munta-muntah
7. Denyutan jantung yang tidak tetap
8. Tahap kebimbangan melampau

Kadar Ideal Kolesterol

 Kadar ideal kolesterol dalam darah adalah dibawah 200 mg/dL, Jika anda mempunyai keluarga yang pernah mengalami serangan jantung maka sebaiknya target kadar kolesterol juga perlu anda turunkan. Jika perlu, anda harus dapat mencapai kadar dibawah 100 mg/dL. Sementara itu, kadar HDL kolesterol perlu anda jaga antara 40 sampai 60 mg/dL.


Lemak Jahat (LDL) vs Lemak Baik (HDL)

Dr. Samuel Oetoro, MS, Sp.GK dari Department Gizi Fakulti Kedoktoran Universiti Indonesia, Jakarta, menjelaskan, "Kolesterol adalah suatu jenis lemak yang ada dalam tubuh dan dibagi menjadi LDL, HDL, total kolesterol dan trigliserida." 



Dari hati, kolesterol diangkut oleh lipoprotein yang bernama LDL (Low Density Lipoprotein) untuk dibawa ke sel-sel tubuh yang memerlukan, termasuk ke sel otot jantung, otak dan lain-lain agar dapat berfungsi.

Kelebihan kolesterol akan diangkut kembali oleh lipoprotein yang disebut HDL (High Density Lipoprotein) untuk dibawa kembali ke hati yang selanjutnya akan diuraikan lalu dibuang ke dalam bahagian empedu sebagai cairan empedu.

LDL mengandung lebih banyak lemak daripada HDL sehingga ia akan mengembang di dalam darah. Protein utama yang membentuk LDL adalah Apo-B (apolipoprotein-B). LDL dianggap sebagai lemak yang "jahat" kerana dapat menyebabkan penyumbatan kolesterol di dinding pembuluh darah.

Sebaliknya, HDL disebut sebagai lemak yang "baik" kerana dalam operasinya ia membersihkan kelebihan kolesterol dari dinding pembuluh darah dengan mengangkutnya kembali ke hati. Protein utama yang membentuk HDL adalah Apo-A (apolipoprotein). HDL ini mempunyai kandungan lemak lebih sedikit dan mempunyai kepadatan tinggi sehingga lebih berat.

Kesan kolesterol tinggi


Kolesterol tinggi mampu meningkatkan risiko serangan penyakit berkaitan kardiovaskular dan juga strok. Kolesterol yang berlebihan akan menyebabkan dinding arteri akan tersumbat. Apabila ia semakin banyak, kolesterol tadi akan berkumpul dan menebal lalu menyebabkan pengaliran darah menjadi perlahan. Keadaan sebegini amat merbahaya kerana boleh menyebabkan aliran darah terus terhenti.


Cara mengatasi kolesterol tinggi

Cara terbaik untuk mengurangkannya adalah dengan mengawal berat badan. Secara asasnya, badan akan menggunakan kalori lebihan ketika kita melakukan sesuatu kerja. Kalori yang berlebihan dari makanan yang dimakan akan menjadi lemak dan berat badan pula akan bertambah.
Elakan mengambil makanan yang tinggi dengan kolesterol termasuk daging merah, kuning telur, makanan laut dan organ haiwan seperti hati. Sesetengah individu mengalami paras kolesterol yang tinggi disebabkan oleh faktor genetik.

Untuk mengawal atau menurunkan tahap kolesterol yang tinggi, berikut adalah cara-cara yang boleh diamalkan :
  • Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi. Baca label makanan yang telah diproses. Susu krim kopi, bancuhan kek dan krim putar selalunya mengandungi lemak tepu yang tinggi.
  • Elakan makanan bergoreng kerana kaedah mengoreng berupaya meningkatkan jumlah asid lemak trans dalam makanan berbanding kaedahmerebus, mengukus dan membakar.
  •  Lebihkan memakan sayuran atau buah-buahan (apple hijau, anggu, buah berry dan lain-lain).
  • Kurangkan pengambilan santan 
  • Gantikan pengambilan lemak tepu dengan lemak tak tepu seperti minyak zaitun, avokado, minyak kesumba (safflower), bijan, soya, bunga matahari, jagung dan biji kapas.
  • Makan daging yang sudah dibuang lemak atau rendah kandungan lemaknya. 
  • Ambil makanan berserat mudah larut seperti oat, kacang pis dan kekacang.
  • Pastikan diet anda seimbang dan pelbagai.
  • Kurangkan atau berhenti merokok. 
  • Sentiasa bergerak dan beriadah. 
 Jika anda seorang yang sangat sibuk dan agak mustahil untuk memenuhi saranan seperti diatas, pengambilan suplemen tambahan adalah yang terbaik untuk membantu anda supaya tahap kolesterol anda berada pada keadaan selamat. SHAKLEE telah melancarkan produk khas dan hebat bagi mengatasi masalah kolesterol.

Phytocol-ST Shaklee


Keistimewaan Phytocol-ST Shaklee



Bagaimana Phytocol-ST berkesan?



Fisoterol mempunyai fungsi yang sama dengan kolesterol dan bersaing dengan kolesterol untuk penyerapan didalam usus secara langsung bagi meninggalkan kolesterol. Oleh itu, lagi banyak fisoterol dalam badan anda, lebih kurang kolesterol yang diserap oleh badan. Ini membolehkan anda menurunkan paras kolestrol LDL dengan pengambilan fisoterol ini.


Testimonial Phytocol-ST Shaklee



Bagaimana untuk dapatkan Phytocol-ST???

Klik disini untuk order:

Saya agen shaklee anda yang sah:




PN.NURAFIZAH BINTI ZULKIFLI
SID:1113310
Call/sms/whatssap:011-12434504
email: bestvitaminshop.gmail.com

Bonus : Konsultansi percuma hanya untuk pelanggan saya seumur hidup.

COD: Juru, Bukit Mertajam, Bukit Minya, Prai, Bayan Lepas
Perkhidmatan pos turut disediakan.