Sunday 13 July 2014

Punca-punca Kolesterol Tinggi


Kolesterol!!!

 Malaysia sangat mewah dengan makanan yang lazat-lazat, apatah lagi senang diperolehi dengan harga yang berpatutan. Carilah apa saja yang anda hendak makan, pasti akan ada.  Buat pengetahuan anda, pengambilan makanan secara tidak dikawal atau tidak sihat boleh menyumbang kepada masalah peningkatan kadar kolesterol. Selain dari faktor pemakanan, terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan kolestrol.

Faktor-faktor ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu yang tidak dapat dikawal dan yang dapat dikawal.

1. Faktor yang tidak dapat dikawal

a. Keturunan.
Apabila ada keluarga yang berkolesterol tinggi, maka besar kemungkinannya anak tercenderung untuk mempunyai kolesterol yang tinggi, resiko adanya suatu gangguan kesihatan biasa 6 kali lebih besar menimpa anak dibanding orang tua.

b. Usia.
Setelah usia 20, kolesterol berkemungkinan meningkat. Pada lelaki, kolesterol akan mudah naik setelah umur 50 tahun. Manakala wanita, kolesterol akan mudah untuk naik setelah menopos.

2. Faktor yang dapat dikawal 
1.      Makanan telalu banyak lemak tepu, seperti mentega, biskut, dan fast food (makanan segera).
2.      Kelebihan berat badan
3.      Kurang berolahraga
4.      Merokok
5.      Gaya hidup yang tidak sihat
6.      Stress
7.      Diabetes mellitus
8.      Minum kopi berlebihan
9.      Diet yang salah
10.  Obesiti

Kalau anda hendak tahu, faktor yang dapat dikawal inilah yang menyumbang kepada kolesterol jahat dalam tubuh atau darah, kenapa???

1. Mengambil makanan yang tidak sihat
Banyak mengambil makanan yang tidak sihat hanya akan membuat tubuh semakin mudah terserang penyakit dan mengalami banyak ganguan kesihatan. Makanan yang umumnya kita mengambil hari-hari pastinya mengandungi lemak, namun lemak tak selamanya tidak baik bagi tubuh, asalkan kadar lemak yang kita peroleh dari berbagai sumber makanan tidak melebihi paras normal. Banyak mengambil makanan yang tinggi lemak atau lemak tepu akan membawa impak buruk bagi kesihatan tubuh yang salah satunya adalah kolesterol.

2. Kurang aktiviti fizikal
Terlalu banyak diam atau jarang bergerak hanya akan membuat tubuh semakin lemah dan fungsi kerja organ dalam tubuh tidak optimum. Lakukanlah olahraga fizikal minimum 2-3 kali dalam seminggu selama 30 minit setiap sesi. Olahraga yang teratur dan sesuai dengan kemampuan dapat membantu dalam menurunkan kadar kolesterol jahat dan meningkatkan kolesterol baik.

3. Merokok
Rokok yang mengandungi bahan kimia berbahaya bagi kesihatan tubuh yang juga mempengaruhi sistem kardiovaskular dalam berbagai cara, termasuk menurunkan kadar oksigen dan boleh merosakan jantung. Dalam sebuah penelitian yang dilakukan oleh Dr. Adam Gepner dari sebuah University of Wisconsin School of Medicine and Public Health di Madison, Amerika Serikat, mengatakan bahawa rokok dapat meningkatkan kolesterol jahat dalam darah dan membunuh kolesterol baik.

4. Umur dan jenis jantina
Umur dan jenis jantina juga mempengaruhi seseorang untuk terserang kolesterol. Kolesterol menyerang seseorang ketika usia tua, namun kini usia muda pun cenderung dengan kolesterol secara perlahan dan akan meningkat. Umumnya, kolesterol menyerang pada lelaki ketika memasuki usia 40 tahun keatas dan pada wanita umumnya ketika memasuki masa menopos

5. Berat badan berlebih

Jika seseorang mempunyai berat badan berlebihan (BMI tidak normal) yang menyimpan banyak lemak dan kalori. Ia pastinya akan menyumbang kepada suatu penyakit, termasuklah penyakit kolestrol. Semakin banyak lemak dan kolesterol yang terkandung dalam darah, semakin buruk keadaan dan tahap kesihatan akan mengalami gangguan. Untuk itu disarankan melakukan diet sihat, mengurangi pengambilan makanan yang mengandung lemak tepu.

Bagi mengelak kita mengambil makanan yang berlebihan dan tidak seimbang, kita haruslah mengkaji nilai kalori dari setiap makanan yang diambil. Ini penting bagi memastikan kita tidak cenderung kepada masalah koleterol tinggi dan menyumbang kepada penyakit kronik seperti sakit jantung.

Berikut adalah jadual kalori bagi setiap makanan:




 Dibawah ialah jadual untuk keperluan kalori yang diperlukan mengikut peringkat umur. Penting untuk kita menjadualkan sistem pemakanan kita:-


Tanda-tanda kolesterol tinggi ialah:

Jika anda mempunyai gejala-gejala seperti dibawah, disarankan anda berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan tahap kolesterol dalam badan anda, jika ia tidak dirawat secara segera, kemungkinan berpotensi untuk mendapat penyakit jantung.

1. Sakit kepala di bahagian belakang
2. Masalah pernafasan
3. Sakit dada
4. Lenguh dibahagian leher
5. Berpeluh dingin
6. Loya dan munta-muntah
7. Denyutan jantung yang tidak tetap
8. Tahap kebimbangan melampau

Kadar Ideal Kolesterol

 Kadar ideal kolesterol dalam darah adalah dibawah 200 mg/dL, Jika anda mempunyai keluarga yang pernah mengalami serangan jantung maka sebaiknya target kadar kolesterol juga perlu anda turunkan. Jika perlu, anda harus dapat mencapai kadar dibawah 100 mg/dL. Sementara itu, kadar HDL kolesterol perlu anda jaga antara 40 sampai 60 mg/dL.


Lemak Jahat (LDL) vs Lemak Baik (HDL)

Dr. Samuel Oetoro, MS, Sp.GK dari Department Gizi Fakulti Kedoktoran Universiti Indonesia, Jakarta, menjelaskan, "Kolesterol adalah suatu jenis lemak yang ada dalam tubuh dan dibagi menjadi LDL, HDL, total kolesterol dan trigliserida." 



Dari hati, kolesterol diangkut oleh lipoprotein yang bernama LDL (Low Density Lipoprotein) untuk dibawa ke sel-sel tubuh yang memerlukan, termasuk ke sel otot jantung, otak dan lain-lain agar dapat berfungsi.

Kelebihan kolesterol akan diangkut kembali oleh lipoprotein yang disebut HDL (High Density Lipoprotein) untuk dibawa kembali ke hati yang selanjutnya akan diuraikan lalu dibuang ke dalam bahagian empedu sebagai cairan empedu.

LDL mengandung lebih banyak lemak daripada HDL sehingga ia akan mengembang di dalam darah. Protein utama yang membentuk LDL adalah Apo-B (apolipoprotein-B). LDL dianggap sebagai lemak yang "jahat" kerana dapat menyebabkan penyumbatan kolesterol di dinding pembuluh darah.

Sebaliknya, HDL disebut sebagai lemak yang "baik" kerana dalam operasinya ia membersihkan kelebihan kolesterol dari dinding pembuluh darah dengan mengangkutnya kembali ke hati. Protein utama yang membentuk HDL adalah Apo-A (apolipoprotein). HDL ini mempunyai kandungan lemak lebih sedikit dan mempunyai kepadatan tinggi sehingga lebih berat.

Kesan kolesterol tinggi


Kolesterol tinggi mampu meningkatkan risiko serangan penyakit berkaitan kardiovaskular dan juga strok. Kolesterol yang berlebihan akan menyebabkan dinding arteri akan tersumbat. Apabila ia semakin banyak, kolesterol tadi akan berkumpul dan menebal lalu menyebabkan pengaliran darah menjadi perlahan. Keadaan sebegini amat merbahaya kerana boleh menyebabkan aliran darah terus terhenti.


Cara mengatasi kolesterol tinggi

Cara terbaik untuk mengurangkannya adalah dengan mengawal berat badan. Secara asasnya, badan akan menggunakan kalori lebihan ketika kita melakukan sesuatu kerja. Kalori yang berlebihan dari makanan yang dimakan akan menjadi lemak dan berat badan pula akan bertambah.
Elakan mengambil makanan yang tinggi dengan kolesterol termasuk daging merah, kuning telur, makanan laut dan organ haiwan seperti hati. Sesetengah individu mengalami paras kolesterol yang tinggi disebabkan oleh faktor genetik.

Untuk mengawal atau menurunkan tahap kolesterol yang tinggi, berikut adalah cara-cara yang boleh diamalkan :
  • Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi. Baca label makanan yang telah diproses. Susu krim kopi, bancuhan kek dan krim putar selalunya mengandungi lemak tepu yang tinggi.
  • Elakan makanan bergoreng kerana kaedah mengoreng berupaya meningkatkan jumlah asid lemak trans dalam makanan berbanding kaedahmerebus, mengukus dan membakar.
  •  Lebihkan memakan sayuran atau buah-buahan (apple hijau, anggu, buah berry dan lain-lain).
  • Kurangkan pengambilan santan 
  • Gantikan pengambilan lemak tepu dengan lemak tak tepu seperti minyak zaitun, avokado, minyak kesumba (safflower), bijan, soya, bunga matahari, jagung dan biji kapas.
  • Makan daging yang sudah dibuang lemak atau rendah kandungan lemaknya. 
  • Ambil makanan berserat mudah larut seperti oat, kacang pis dan kekacang.
  • Pastikan diet anda seimbang dan pelbagai.
  • Kurangkan atau berhenti merokok. 
  • Sentiasa bergerak dan beriadah. 
 Jika anda seorang yang sangat sibuk dan agak mustahil untuk memenuhi saranan seperti diatas, pengambilan suplemen tambahan adalah yang terbaik untuk membantu anda supaya tahap kolesterol anda berada pada keadaan selamat. SHAKLEE telah melancarkan produk khas dan hebat bagi mengatasi masalah kolesterol.

Phytocol-ST Shaklee


Keistimewaan Phytocol-ST Shaklee



Bagaimana Phytocol-ST berkesan?



Fisoterol mempunyai fungsi yang sama dengan kolesterol dan bersaing dengan kolesterol untuk penyerapan didalam usus secara langsung bagi meninggalkan kolesterol. Oleh itu, lagi banyak fisoterol dalam badan anda, lebih kurang kolesterol yang diserap oleh badan. Ini membolehkan anda menurunkan paras kolestrol LDL dengan pengambilan fisoterol ini.


Testimonial Phytocol-ST Shaklee



Bagaimana untuk dapatkan Phytocol-ST???

Klik disini untuk order:

Saya agen shaklee anda yang sah:




PN.NURAFIZAH BINTI ZULKIFLI
SID:1113310
Call/sms/whatssap:011-12434504
email: bestvitaminshop.gmail.com

Bonus : Konsultansi percuma hanya untuk pelanggan saya seumur hidup.

COD: Juru, Bukit Mertajam, Bukit Minya, Prai, Bayan Lepas
Perkhidmatan pos turut disediakan.






No comments:

Post a Comment