Thursday 10 April 2014

BAGAIMANA SENGGUGUT BERLAKU

Setiap wanita pasti mengalami masalah senggugut ketika remaja dan ada yang berterusan sehingga umur menjangkau. Cerita pasai senggugut ni memang sakitkan, bila time nak period ja mesti da standby mental dan fizikal untuk menghadapi kesakitan senggugut, duduk tak kena, baring tak kena, makan pun tak lalu, lenguh satu badan, ada juga yang sampai muntah2 dan pengsan. Teruknya sakit senggugut ibarat sakit nak bersalin.




Senggugut atau yang dikenali sebagai "premenstrual dysphoric disorder" atau "dysmenorrhea" yang selalu dialami oleh wanita ketika datang haid. Senggugut terbahagi kepada dua bahagian isitu senggugut primier dan sekunder.

Senggugut Primier (jenis biasa)
- Berlaku disebabkan penghasilan hormon 'prostaglandin' oleh badan. Kesakitan senggugut biasa ini dirasai akibat berlakunya pengecutan rahim luar biasa kuatnya.

- Berlaku kepada remaja yang belum berkahwin. Ia menyerang pada hari pertama dan ke dua kedatangan haid. Ini menunjukkan wanita itu subur.

- Senggugut priemier boleh dirawat dengan 'ibuprofen' yang membantu menghalang penghasilan 'prostagladin'. Dalam beberapa kes tertentu, ubat-ubat yang mengandungi hormon boleh membantu. Senaman, nutrisi yang baik serta pengurangan tekanan juga merupakan beberapa amalan penting yang tidak harus dipandang ringan.

- Pemilihan nutrien yang baik serta pengambilan kalsium yang secukupnya iaitu kira-kira 1000mg sehari. Turut membantu adalah dengan kira-kira 50mg dan 100mg vitamin B6 setiap hari.

Senggugut Sekunder
- Berkait rapat dengan penyakit organik. Antaranya ialah penyakit dari uterus, saluran fallopio atau ovari. Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan didalam perut ataupun jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang pada usia lanjut atau berlanjutan sepanjang kedatangan haid.

- Antara sebab berlakunya senggugut kedua ini adalah tumor serta tumbesaran yang tidak normal. Contohnya, knser rahim, fibroid, endometriosisn cysts.

Oleh itu, masalah senggugut ini harus diatasi dengan mengambil makanan tambahan nutrisi yang boleh mengurangkannya seperti GLA dan Kalsium. Senaman juga diperlukan untuk mengurangkan sakit senggugut. Jom tengok apa yang SHAKLEE boleh bantu untuk mengurangkan sakit senggugut ni:-

Klik link ini untuk ketahui lebih lanjut mengenai GLA SHAKLEE








Hubungi SID anda untuk mendapatkan consultant percuma:





PN.NURAFIZAH BINTI ZULKIFLI
SID:1113310
Call/sms/whatssap:011-12434504
email: bestvitaminshop.gmail.com

No comments:

Post a Comment